WARGA ALUMNI AL-HELMY

Memaparkan catatan dengan label cahayamata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cahayamata. Papar semua catatan

Khamis, 13 Mei 2010

TAHNIAH SDR. JAMALUDDIN JASAT

Alhamdulillah... Tahniah kepada saudara Jamaludin Jasat yg telah selamat menimang cahayamata ke 7, pada 12hb May 2010, di Hospital Taiping, bayi lelaki seberat 3.8kg, dilahirkan secara normal. Jika tak ada apa-apa masalah, ibu dan bayi akan keluar wad hari ini. Sesiapa yg mengenali beliau dan tinggal berdekatan bolehlah menziarahi sahabat kita ini.

Isnin, 3 Mei 2010

TAHNIAH EN MOHD NOR DAN PN SAODAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada En Mohd Nor dan Pn Saodah diatas kelahiran cahayamata yg dinanti-nantikan. Berikut petikan pengumuman berita gembira yg disampaikan oleh En Mohd Nor di laman Facebook.

Syukur pada Allah Taala kerana pada 12 tengah malam Jumaat (30 April 2010) semalam, aku telah dianugerahkan seorang cahayamata lelaki. Isteriku Pn Sa'odah telah selamat melahirkan bayi lelaki, walaupun tidak cukup bulan (7 bln.) namun alhamdulillah.... selamat dan dirahmati Allah hendaknya. Aku namakannya AMSYAR THOQIEF MUSSAYYAD. Semoga anak bertuah ini panjang umurnya, murah rezekinya, banyak ilmunya dan... dialah pemimpin Ummah akan datang. Amin Ya Robbal'alamin.

Kepada pasangan lain yg menantikan kehadiran cahayamata masing-masing kami mendoakan semoga kesihatan anda atau pasangan anda(kaum ibu) sentiasa baik dan dipermudahkan ketika melahirkan nanti. Sedikit pesanan jgn lupa utk mengamalkan doa Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan nun.

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIIN"

MAKSUDNYA:

"Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang melakukan kezaliman".