WARGA ALUMNI AL-HELMY

Ahad, 16 Mei 2010

TEMPAHAN TEMPAT DITUTUP

Kepada semua yg belum mengesahkan kehadiran sempena REUNION di Taman Tasik Titiwangsa adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tempahan sudah ditutup. Perjumpaan ini hanya terhad utk 200 org sahaja sebagaimana yg telah dimaklumkan di posting yg terdahulu. Kepada yg gagal utk menempatkan diri di perjumpaan tersebut semoga anda dapat menyertai perjumpaan yg akan datang.

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

SEMPENA HARI GURU YG AKAN TIBA PADA 16 MEI 2010, HARI AHAD, KAMI WARGA ALUMNI ALHELMY INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU YG PERNAH MENDIDIK KAMI SEHINGGA MENJADI INSAN YG TERPELAJAR.



UCAPAN INI JUGA DITUJUKAN KEPADA SAHABAT HANDAI, RAKAN TAULAN YG BERGELAR GURU TAK KIRA DI MANA JUGA ANDA BERADA. SESUNGGUHNYA TUGAS ANDA BEGITU MULIA; MENDIDIK ANAK-ANAK MENJADI INSAN YG BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Khamis, 13 Mei 2010

TAHNIAH SDR. JAMALUDDIN JASAT

Alhamdulillah... Tahniah kepada saudara Jamaludin Jasat yg telah selamat menimang cahayamata ke 7, pada 12hb May 2010, di Hospital Taiping, bayi lelaki seberat 3.8kg, dilahirkan secara normal. Jika tak ada apa-apa masalah, ibu dan bayi akan keluar wad hari ini. Sesiapa yg mengenali beliau dan tinggal berdekatan bolehlah menziarahi sahabat kita ini.

Isnin, 3 Mei 2010

TAHNIAH EN MOHD NOR DAN PN SAODAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada En Mohd Nor dan Pn Saodah diatas kelahiran cahayamata yg dinanti-nantikan. Berikut petikan pengumuman berita gembira yg disampaikan oleh En Mohd Nor di laman Facebook.

Syukur pada Allah Taala kerana pada 12 tengah malam Jumaat (30 April 2010) semalam, aku telah dianugerahkan seorang cahayamata lelaki. Isteriku Pn Sa'odah telah selamat melahirkan bayi lelaki, walaupun tidak cukup bulan (7 bln.) namun alhamdulillah.... selamat dan dirahmati Allah hendaknya. Aku namakannya AMSYAR THOQIEF MUSSAYYAD. Semoga anak bertuah ini panjang umurnya, murah rezekinya, banyak ilmunya dan... dialah pemimpin Ummah akan datang. Amin Ya Robbal'alamin.

Kepada pasangan lain yg menantikan kehadiran cahayamata masing-masing kami mendoakan semoga kesihatan anda atau pasangan anda(kaum ibu) sentiasa baik dan dipermudahkan ketika melahirkan nanti. Sedikit pesanan jgn lupa utk mengamalkan doa Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan nun.

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIIN"

MAKSUDNYA:

"Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang melakukan kezaliman".

PERTUKARAN WAKTU REUNION

Salam warga alumni alhelmy... after discussion dgn abg Abdullah Hamdi, REUNION pada 12 JUNE 2010 limited utk 200 pax sahaja..waktu gathering ialah dari jam 5 ptg..*Intan Rosminah*
Harap maklum.

TAKZIAH PN ROHANA MOHAMAD

Takziah kepada Pn Rohana Mohamad dan keluarga kerana ayahandanya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Putrajaya. Tabahkan hati kerana setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati .. AL-FATIHAH .