WARGA ALUMNI AL-HELMY

Ahad, 16 Mei 2010

TEMPAHAN TEMPAT DITUTUP

Kepada semua yg belum mengesahkan kehadiran sempena REUNION di Taman Tasik Titiwangsa adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tempahan sudah ditutup. Perjumpaan ini hanya terhad utk 200 org sahaja sebagaimana yg telah dimaklumkan di posting yg terdahulu. Kepada yg gagal utk menempatkan diri di perjumpaan tersebut semoga anda dapat menyertai perjumpaan yg akan datang.

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

SEMPENA HARI GURU YG AKAN TIBA PADA 16 MEI 2010, HARI AHAD, KAMI WARGA ALUMNI ALHELMY INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU YG PERNAH MENDIDIK KAMI SEHINGGA MENJADI INSAN YG TERPELAJAR.



UCAPAN INI JUGA DITUJUKAN KEPADA SAHABAT HANDAI, RAKAN TAULAN YG BERGELAR GURU TAK KIRA DI MANA JUGA ANDA BERADA. SESUNGGUHNYA TUGAS ANDA BEGITU MULIA; MENDIDIK ANAK-ANAK MENJADI INSAN YG BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Khamis, 13 Mei 2010

TAHNIAH SDR. JAMALUDDIN JASAT

Alhamdulillah... Tahniah kepada saudara Jamaludin Jasat yg telah selamat menimang cahayamata ke 7, pada 12hb May 2010, di Hospital Taiping, bayi lelaki seberat 3.8kg, dilahirkan secara normal. Jika tak ada apa-apa masalah, ibu dan bayi akan keluar wad hari ini. Sesiapa yg mengenali beliau dan tinggal berdekatan bolehlah menziarahi sahabat kita ini.

Isnin, 3 Mei 2010

TAHNIAH EN MOHD NOR DAN PN SAODAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada En Mohd Nor dan Pn Saodah diatas kelahiran cahayamata yg dinanti-nantikan. Berikut petikan pengumuman berita gembira yg disampaikan oleh En Mohd Nor di laman Facebook.

Syukur pada Allah Taala kerana pada 12 tengah malam Jumaat (30 April 2010) semalam, aku telah dianugerahkan seorang cahayamata lelaki. Isteriku Pn Sa'odah telah selamat melahirkan bayi lelaki, walaupun tidak cukup bulan (7 bln.) namun alhamdulillah.... selamat dan dirahmati Allah hendaknya. Aku namakannya AMSYAR THOQIEF MUSSAYYAD. Semoga anak bertuah ini panjang umurnya, murah rezekinya, banyak ilmunya dan... dialah pemimpin Ummah akan datang. Amin Ya Robbal'alamin.

Kepada pasangan lain yg menantikan kehadiran cahayamata masing-masing kami mendoakan semoga kesihatan anda atau pasangan anda(kaum ibu) sentiasa baik dan dipermudahkan ketika melahirkan nanti. Sedikit pesanan jgn lupa utk mengamalkan doa Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan nun.

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIIN"

MAKSUDNYA:

"Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang melakukan kezaliman".

PERTUKARAN WAKTU REUNION

Salam warga alumni alhelmy... after discussion dgn abg Abdullah Hamdi, REUNION pada 12 JUNE 2010 limited utk 200 pax sahaja..waktu gathering ialah dari jam 5 ptg..*Intan Rosminah*
Harap maklum.

TAKZIAH PN ROHANA MOHAMAD

Takziah kepada Pn Rohana Mohamad dan keluarga kerana ayahandanya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Putrajaya. Tabahkan hati kerana setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati .. AL-FATIHAH .

Jumaat, 30 April 2010

CINTA SMDB

Antara pasangan yg cinta mereka berputik di SMDB suatu waktu dahulu.. kekal sehingga kini dan insyaallah hingga ke akhir hayat..amin.

Mohd Nor dan Saodah

Megat dan Rohana



Ruzilan dan Aminah



Jika ada pasangan lain yg cintanya berputik semasa di SMDB dan seterusnya melangsungkan perkahwinan, kami mengalu-alukan anda utk e-mail gambar ke smkdb_alhelmy@yahoo.com utk dimuatnaik di sini.

Ahad, 25 April 2010

PERJUMPAAN DI KUQRAT CAFE


Amran
Zurharizal


"Itu dia org yg bertanggungjawab utk next reunion di TTT, KL" kata En Hilmi sambil menunjuk ke arah belakang..

Pak Lah belum cakap nak sponsor utk next reunion macamana pulak saya yg terpilih ni...??

Sayalah 'Sirih Pinang' tu...
Pak Norn, senyum nampak... hati ada suka ka?? Meniaga ada masyuukk.. hati banyak senang..

Tembikai tak sempat potong depa rembat 1biji pi belakang... tokey sudah jumpa balik... hehehe lawak jer..
"You call me back Tan Sri..."

Time to say goodbye... kena perasap dulu tempat ni..
Harap maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada insan-insan yg saya masukkan dialog yg tak berkaitan pada gambar, sekadar utk memeriahkan ruangan gambar ni sahaja.. walaubagaimana pun betul tak kat atas tu gambar sirih Pinang??

Jumaat, 23 April 2010

ABDULLAH HAMDI


Kepada sesiapa yg belum mengenali sdr. Abdullah Hamdi, semoga gambar ini dapat membantu anda utk mengenali wajah insan yg sponsor utk RU akan datang.

Khamis, 22 April 2010

EX-SMDB REUNION


EX-SMDB REUNION TO ALL BATCH LEVEL

(fully sponsored by Abdullah Hamdi)



  • Date:Saturday, June 12, 2010

  • Time:8:00pm

  • Location:RESTOREN NELAYAN TITIWANGSA, TMN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR


Other Information:


Guests are allowed to bring friends to this event.


Event Type:


This is an open event. Anyone can join and invite others to join.



Please confirm your attendance at the alumni alhelmy facebook. Thank you for your co-operation.

Selasa, 20 April 2010

PERJUMPAAN DI KUQRAT CAFE

Semua yg hadir di perjumpaan pada 11 April 2010 di Kuqrat Cafe, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Merakam kenangan di depan Hotel Empress berhadapan Kuqrat Cafe..


Zoom sebelah kanan

Zoom sebelah kiri


Ahlan wa sahlan... ke Kuqrat Cafe sempena perjumpaan Alumni Alhelmy. Ucapan alu-aluan dari Pengerusi alumni Sdr. Azmi Shah.

Sdr. Hilmi sedang berucap sepatah dua kata..


Khusyuk mendengar ucapan Pengerusi alumni ker tu??


Khabarnya sdr ni orang lama(otai) di SMDB sejak tahun 1973


Peace no war..... anak-anak dengar yer nanti bila dah sampai masa buat reunion, korang boleh prepare elok-elok dan belajar dari apa yg ada di depan mata tu...


ala-ala tomey nyer dia....bosan ker dik?? pak cik tu asyik cakap jer yer.. bila nak makan plak nih..

Napa kak serius jer...

mmm.. baca buku lagi best dari layan pak cik tu cakap tak faham laaa.....

masing-masing serius dengar ucapan pengerusi.. bagus...bagus...

oit!! kakak buat apa tu?? duduk belakang layan FB yer... hehehe jgn marah aaa... nanti kena jual..

Orait.... baru nampak senyum...


Lama sikit lagi pengerusi berucap mau kena cepuk nih... penat ooo berdiri dah naik kebas kaki..


Ahli mesyuarat tingkap dah mula agenda.. Kak Odah ketua yer??.. citer pasal apa tu??


semoga perjumpaan kali ni akan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli alumni alhelmy.. amin.


Pak Norn tulis apa tu?? Kira untung meniaga semalam ka?? Kawan-kawan pakat dok tengok belaka.. ehem ehem yg sorang tu dan lg layan Fesbuk..


Masing-masing khusyuk..



Jumaat, 9 April 2010

KOLEKSI GAMBAR KENANGAN








Sejuk perut ibu yg mengandungkan tengok anak-anak dia macam ni..


Khamis, 8 April 2010

LOKASI PERJUMPAAN BERTUKAR

Posting terdahulu bertarikh 7/4/2010 adalah dirujuk,

SALAM. PENGUMUMAN PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SMDB PD HARI AHAD INI(11/4/2010) TELAH BERTUKAR KE LOKASI BERIKUT:


Tempat: KUQRAT CAFE (BERHADAPAN EMPRESS HOTEL)
BDR BARU SALAK TINGGI SEPANG .


pihak penganjur memohon maaf atas pertukaran lokasi sebarang kesulitan amat dikesali..kpd sesiapa yg blm mengesahkan kehadiran sila berhubung dgn HILMI...; 019-663 6560 // MOHD NOR SAID 013-245 6868 SEGERA selewat-2nya sblm jam 5 ptg esok 9 apr. tks/rgd

Rabu, 7 April 2010

SEJARAH SEKOLAH 1967-1999

TARIKH 1 Jun 1967 Sekolah mula dibuka dengan 26 kelas tingkatan 1 - 3. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar Aliran Kebangsaan yang ditempatkan di dua buah sekolah Aliran Inggeris, iaitu Sek Men King Edward VII dan Sek Men Treacher Methodist, Taiping sejak 1961. Dinamakan semula daripada Sek Men Kebangsaan kepada Sek Men Doktor Burhanuddin bagi mengingati seorang tokoh yang telah memainkan peranan penting dan perjuangan kemerdekaan tanah air yang terkenal iaitu Prof. Dr. Burhanuddin Helmi yang telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 di Taiping. Pada mulanya sekolah mengandungi 3 blok (A,B dan C) bangunan 2 tingkat dengan 16 bilik darjah, 1 pejabat, 2 makmal sains, 2 bilik ERT 3 bengkel dan sebuah kantin.


Bilangan guru 23 orang


Cogankata sekolah "PENGETAHUAN PANDU PENGHIDUPAN"


1967 Peperiksaan SRP kali pertama.


1969 Tambahan satu blok bangunan (Blok D) yang mengandungi 9 bilik darjah, 2 bilik ERT dan 1 Makmal Sains.


1970 Mula menerima pelajar dari SRJK Cina dan Tamil.


1971 Kelas Tingkatan 4 Sastera di mulakan.


1972 Peperiksaan SPM Aliran Sastera diadakan buat kali pertama.


1974 Kelas Aliran Sains dimulakan. Menerima pelajar dari Sek Men Tengku Menteri, Changkat Jering, Sek Men Dato'Kamaruddin, Batu Kurau, Sek Men Dato Hj Hussein, Selama dan Sek Men Sg Bayor, Selama.


1975 Peperiksaan SPM Aliran Sains dan Sastera diadakan.


Mendapat tambahan satu blok bangunan 3 tingkat (Blok F) yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 makmal Sains Tulen.


1979 Tingkatan 6 Rendah Aliran Sains ditubuhkan.


1980 Peperiksaan STPM kali pertama diadakan.


Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar dari Sekolah-Sekolah Menengah Perak Utara(kecuali Parit) yang berjaya dalam peperiksaan SPM.


1981 Membuka Kelas Khas bagi kanak-kanak pekak dan bisu.


17 JUN 1981 Y.B. Dato Mohd Najib b Tun Abdul Razak meletakkan batu asas pembinaan Dewan Besar.


1 MAC 1982 2 blok bangunan asrama siap dibina. Ia dapat menampung 250 pelajar lelaki dan perempuan.Sebuah padang baru siap dibina bagi menggantikan padang yang dijadikan tapak Sek Men Sri Kota.


1985 Pembinaan blok kilat 1 tingkat (Blok E) yang mengandungi 4 bilik darjah.


1986 Mendapat tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat untuk asrama lelaki.


Mula menerima pelajar di bawah Rancangan Khas.


Cogan kata sekolah ditukar kepada "Beriman, Berilmu, Beramal"


1987 Pembinaan Surau berharga RM60 000.


Pembinaan bangunan Koperasi Sekolah.


Pembinaan Setor dekat kantin dan bilik Disiplin.


1988 Tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat (Blok G) mengandungi 10 bilik darjah


Bilik Sumber KBSM di tubuhkan.


NOVEMBER 1991 Pusat Sumber Sekolah dipindahkan dari blok D ke blok G.


Bilik Urusetia Peperiksaan diwujudkan.


Tempat letak kereta siap dibina.


8 OGOS 1992 Perasmian Dewan Shukri (Dewan makan asrama),


Pusat Sumber Suri dan Bilik Gerakan Lokman Hakim oleh Puan Suri Yahya, isteri Allahyarham Dr Burhamuddin Al-Helmi.


DISEMBER 1992 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 bermula.


Naik taraf kantin


Pembinaan kolam


OGOS 1993 Membina benteng banjir.


1994 Pembinaan laluan berbumbung, menghubungkan asrama dengan surau.


1995 Pembinaan Astaka Perhimpunan dan Astaka Padang.


1999 Pembinaan Makmal Komputer

PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR

Assalamualaikum, perjumpaan bekas pelajar/guru SMDB akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11 April 2010
Jam : 2.00 petang
Tempat : Restoran Mohamad Ali
Tingkat 1, Desa Tasik, Sungai Besi Kuala Lumpur
Semua dijemput hadir [per: membincangkan perihal REUNION hujung tahun ini ] sila sahkan kehadiran anda di facebook juga boleh hubungi sdr mohd nor said tel no;013-245 6868 //dr azmi shah 013-6611 868 // zurharizal zainol 016-3305 785 // hilmi mahmud 019-663 6560 ... sila sebarkan pada rakan-2 lain tks ..pang6

KOLEKSI GAMBAR KENANGAN

Lower Six 1986

Lower Six 1986


Upper Six 1987


Ini gambar jamuan pengawas ke apa yer?? Siapa yg boleh info tentang gambar ni??