WARGA ALUMNI AL-HELMY

Rabu, 7 April 2010

SEJARAH SEKOLAH 1967-1999

TARIKH 1 Jun 1967 Sekolah mula dibuka dengan 26 kelas tingkatan 1 - 3. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar Aliran Kebangsaan yang ditempatkan di dua buah sekolah Aliran Inggeris, iaitu Sek Men King Edward VII dan Sek Men Treacher Methodist, Taiping sejak 1961. Dinamakan semula daripada Sek Men Kebangsaan kepada Sek Men Doktor Burhanuddin bagi mengingati seorang tokoh yang telah memainkan peranan penting dan perjuangan kemerdekaan tanah air yang terkenal iaitu Prof. Dr. Burhanuddin Helmi yang telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 di Taiping. Pada mulanya sekolah mengandungi 3 blok (A,B dan C) bangunan 2 tingkat dengan 16 bilik darjah, 1 pejabat, 2 makmal sains, 2 bilik ERT 3 bengkel dan sebuah kantin.


Bilangan guru 23 orang


Cogankata sekolah "PENGETAHUAN PANDU PENGHIDUPAN"


1967 Peperiksaan SRP kali pertama.


1969 Tambahan satu blok bangunan (Blok D) yang mengandungi 9 bilik darjah, 2 bilik ERT dan 1 Makmal Sains.


1970 Mula menerima pelajar dari SRJK Cina dan Tamil.


1971 Kelas Tingkatan 4 Sastera di mulakan.


1972 Peperiksaan SPM Aliran Sastera diadakan buat kali pertama.


1974 Kelas Aliran Sains dimulakan. Menerima pelajar dari Sek Men Tengku Menteri, Changkat Jering, Sek Men Dato'Kamaruddin, Batu Kurau, Sek Men Dato Hj Hussein, Selama dan Sek Men Sg Bayor, Selama.


1975 Peperiksaan SPM Aliran Sains dan Sastera diadakan.


Mendapat tambahan satu blok bangunan 3 tingkat (Blok F) yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 makmal Sains Tulen.


1979 Tingkatan 6 Rendah Aliran Sains ditubuhkan.


1980 Peperiksaan STPM kali pertama diadakan.


Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar dari Sekolah-Sekolah Menengah Perak Utara(kecuali Parit) yang berjaya dalam peperiksaan SPM.


1981 Membuka Kelas Khas bagi kanak-kanak pekak dan bisu.


17 JUN 1981 Y.B. Dato Mohd Najib b Tun Abdul Razak meletakkan batu asas pembinaan Dewan Besar.


1 MAC 1982 2 blok bangunan asrama siap dibina. Ia dapat menampung 250 pelajar lelaki dan perempuan.Sebuah padang baru siap dibina bagi menggantikan padang yang dijadikan tapak Sek Men Sri Kota.


1985 Pembinaan blok kilat 1 tingkat (Blok E) yang mengandungi 4 bilik darjah.


1986 Mendapat tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat untuk asrama lelaki.


Mula menerima pelajar di bawah Rancangan Khas.


Cogan kata sekolah ditukar kepada "Beriman, Berilmu, Beramal"


1987 Pembinaan Surau berharga RM60 000.


Pembinaan bangunan Koperasi Sekolah.


Pembinaan Setor dekat kantin dan bilik Disiplin.


1988 Tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat (Blok G) mengandungi 10 bilik darjah


Bilik Sumber KBSM di tubuhkan.


NOVEMBER 1991 Pusat Sumber Sekolah dipindahkan dari blok D ke blok G.


Bilik Urusetia Peperiksaan diwujudkan.


Tempat letak kereta siap dibina.


8 OGOS 1992 Perasmian Dewan Shukri (Dewan makan asrama),


Pusat Sumber Suri dan Bilik Gerakan Lokman Hakim oleh Puan Suri Yahya, isteri Allahyarham Dr Burhamuddin Al-Helmi.


DISEMBER 1992 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 bermula.


Naik taraf kantin


Pembinaan kolam


OGOS 1993 Membina benteng banjir.


1994 Pembinaan laluan berbumbung, menghubungkan asrama dengan surau.


1995 Pembinaan Astaka Perhimpunan dan Astaka Padang.


1999 Pembinaan Makmal Komputer

Tiada ulasan: